Sekilas kata-kata buat insan yang bernama KEKASIH
Hampir setahun kita menjalani kehidupan sebagai Kekasih, Maka, kita telah melalui pengalaman yang telah banyak mendewasakan kita. Pelbagai rintangan dan dugaan yang kita telah hadapi. Makin hari, kita dapat mengenali antara satu sama lain. Seringkali, kita sering bercakap mengenai KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI. Tidak dapat dinafikan, semua insan di dunia ini termasuklah KITA impikan kebahagiaan dunia dan akhirat.Bila membicarakan soal ini, hakikatnya bergantung kepada ketentuan Ilahi. Kita perlu akur bahawa TAKDIR ALLAH adalah penentu dalam hubungan KITA.
Dikesempatan ini, ku ingin ungkapkan bahawa engkaulah INSAN TERPILIH yang ku temui. Kekasih, segalanya hanya Dia sahaja yang menentukan. Soal ajal, jodoh pertemuan semuanya bergantung kepada-Nya. Jika ditakdirkan ku tiada lagi di dunia ini, ku mohon agar dirimu diberi kekuatan untuk terus hidup di alam yang fana ini. Ku hanya mampu berusaha & berdoa agar kebahagiaan itu menjadi milik kita bersama.
Kata-kata ku ini merupakan pesanan yang amat BERMAKNA buatku kerana engkaulah PERMATA YANG DICARI olehku selama ini. Ingatlah wahai kekasih, ungkapan yang sering berlegar difikiranku untukmu adalah 'SEINDAH HIASAN, ADALAH WANITA SOLEHAH'. Engkaulah wanita terbaik dalam kalangan yang terbaik pernah ku temui.
Kata-kata ku ini merupakan pesanan yang amat BERMAKNA buatku kerana engkaulah PERMATA YANG DICARI olehku selama ini. Ingatlah wahai kekasih, ungkapan yang sering berlegar difikiranku untukmu adalah 'SEINDAH HIASAN, ADALAH WANITA SOLEHAH'. Engkaulah wanita terbaik dalam kalangan yang terbaik pernah ku temui.
Saat-saat perkenalan kita di dunia ini sangat indah untuk diperkatakan dan sebenarnya itulah salah satu rahmat dari Ilahi. Kita sama-sama doakan agar kita dipanjangkan umur olehNya, sama-sama memberi bimbingan antara satu sama lain dalam menuju ke alam syurga, Pesanku, Cinta yang hakiki hanyalah cinta pada Allah.
Tiada cinta yang lebih hebat melainkan CINTA PADA ALLAH. Pesanku agar kita sentiasa tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Kita sama-sama menjalani kehidupan ini dengan berbekalkan semangat dan kekuatan yang tinggi untuk menjalani liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Sepanjang kehidupanku di dunia ini, ku berjanji akan mendidik dan memberi tunjuk ajar yang berguna sebagai bekalan untuk kita sama-sama memperolehi kebahagiaan dunia & akhirat. Moga-moga perhubungan antara kita memperolehi KEBERKATAN & KEREDHAAN dariNya.
Amin.................
SALAM KEKASIH
TAUFIQ HIDAYAH
2 comments:
Tq abgku yg jiwang
hehe
~NHH
sama2 Nurul.....:)
ATAR
Post a Comment