Showing posts with label By:Ahmad Taufiq. Show all posts
Showing posts with label By:Ahmad Taufiq. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Luahan Isi Hatiku

Assalamualaikum w.b.t.....

Lama jugak topek x menceloteh dalam blog ni.......asyik Cik Nurul jer...hehe.....kebetulan pulak, pada pagi yang mulia ini 9 Mei, pertama skali nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat emakku yang ke 54 Hajjah Zakiah Binti Haji Noordin..Moga Mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..terima kasih atas kasih syg dan didikan mak pada opek..InsyaAllah opek akan menjadi pendidik anak bangsa yang berwawasan pada masa akan datang demi menjaga maruah keluarga kita..OPEK SYG MAK DUNIA AKHIRAT...


Emak dan Danish tersayang


Seterusnya.......saya ingin celoteh sikit mengenai buah hatiku Nurul...Alhamdulillah, hubungan sbg kekasih sudah hampir 1 tahun setengah bersamanya..dulu2 dekat jer sbb study same kt UPSI tetapi kini.......aku sudah pun nak abes pengajian kt Tanjong Malim..masing2 sedihla bila berpisah jauh...Topek di Utara manakala Nurul di Selatan Tanah air.....Kebetulan, masing-masing akan menjalani praktikum pada cuti semester ni...Nurul pn ade cakap kt post sblm ni mengenai praktikum, So, xyalah topek sembang lebar2 mngenai praktikum ni...............Cumaaaaaaaa............

Sebelum topek meninggalkan bumi bertuah Tanjong Malim pada cuti baru2 ni, topek sangat teruja apabila mendapat hadiah yang bernilai daripada si dia...Walaupun pada masa tu, kami dalam keadaan sesak dari segi kewangan, tapi dia masih lagi mampu memberikan sesuatu pada topek..terima kasih atas pemberian choclate cadbury n Tie hijau yg cantik untuk topek pakai praktikum bermula pagi ni.....bila dikenangkan balik tie yang dia bg pada aku, aku sedihla pulak bercampur terharu..xtahu nape...bukan sbb tie yang die bg pd aku, ttapi PENGORBANAN die pada aku sangat2 bernilai.....wktu kami blaja skali kt UPSI, aku slalu buli2 die..kadang 2 la, wktu blaja skali pn kdg2 aku suka cari gaduh kt die smpai die nangis2..kesian die..aku bukan ape, kdg2 mood xok......slalu je sembur semacam jerr...aku tau kelemahan aku...tp....AKU SAYANG DIE.......aku slalu ckp kt die, kalau aku marah sekalipun, aku marah untuk kebaikan die jugak dan maafla kadang2 ego aku ni sbg laki2 ni kdg2 x stabil..maafla sbb aku ni laki2 tp aku sgt sygkan die....xtahula nant bila aku dh xde, sapela blh tgk2kan die..aku nk 1 hari nnt kami konvo same2 n dapat posting...InsyaAllah, aku doakan sgt2 supaya satu hari nnt aku dpt dijodohkan dgn die.........walaupun aku berjauhan dengan die sekarang tp hati aku masih pada die..xdpt dinafikan, kalau dok jauh ni...mcm2 dugaan akan berlaku, tp...aku nasihat kt nurul..kuatkan semangat, panjang umur murah rezeki insyaAllah kita akan dijodohkan......aku doa sgt2 pada Allah agar kami dipertemukan dan membina mahligai bahagia bersamanya....cuma sekarang aku perlukan kerja yang tetap, kalau xda duit xboleh kawin..aku sbg laki kna kumpul duit banyak2.......harap2 nurul blh tunggu aku dan bersabar......hasrat aku agar moga2 aku dapat dipanjangkan umur dan segala impian aku dan nurul tercapai...sekarang ni, kami masing2 berjauhan dan berada dekat dengan keluarga masing2..aku bukan saje2 suh nurul praktikum kt kpg die, bkn sbb ape...aku nk suh die jage mak ayah die di kampung....memandangkan mak ayah die x sihat....aku ckp mcm tu pd die..die anak tunggal byk tanggungjawab....aku nk die jd anak yang ambik berat pasal family..aku xkisah....bagi aku, die perlu pentingkan family die dahulu..pas 2 baru aku.....itu yang penting....sbb amanah Allah bg pd kite bertanggungjawab pada mak ayah itu yg disarankan dalam agama..Aku syg pd nurul, tu aku cakap pd die.....harap nurul igt pesan abg smpai bila2

Tie kenanganku bersamanya..kalau pakai mst igt pd die
Akhir sekali, walaupun berjauhan...abg harap, nurul jaga diri baik2 yer.praktikum baik2 yer Cikgu Dayah..InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi...mungkin perpisahan sementara ini akan menguatkan lagi perhubungan kita sampai bila2..maafkan segala kekurangan yang ada pada diri abg kerna abg x sempurna..ape yg abg blh bantu, abg akan bantu nurul dan bagi kasih syg...smpai bila2...smpai bila2...smpai bila2.....HINGGA AKHIR HAYAT DUNIA DAN AKHIRAT....Salam Kekasih

Wednesday, January 26, 2011

MEMANCING IKAN!!!!!! (23/01/10)

 PENGALAMAN KAMI KE PERTANDINGAN MEMANCING!!!!!!!

BERMULANYA.....................

                 Pada pertemuan dengan Si Nurul pada malam selepas meeting pertandingan menjala memancing ikan, Lokasi di kedai makan orang asli Pure.Si Topek telah diajak oleh Si Nurul untuk menyertai pertandingan tersebut memandangkan Si Nurul ditugaskan untuk menjadi salah seorang urusetia pada pertandingan tersebut di saat-saat akhir.Alkisahnya, pada tarikh tersebut, Topek Romeo dan Nurul Juliet   bersama-sama pergi ke pertandingan memancing anjuran UKLK. Kebetulan pula si Nurul merupakan urusetia. Maka, si Topek telah diajak untuk menyertai pertandingan memancing tersebut.

SELEPAS MENDENGAR BERITA DARIPADA SI NURUL DI SAAT-SAAT AKHIR INI, SI TOPEK MENJADI RAKUS SEPERTI TIKUS SINGA.....DALAM KEADAAN MOODY,SI TOPEK DIAJAK OLEH SI NURUL SUPAYA MENYERTAI PERTANDINGAN INI..........TOPEK SANGAT PANTANG BILA DIBERITAHU TENTANG PERKARA INI DISAAT-SAAT AKHIR. MAKA, PERANG PINGGAN MANGKUK DINGIN TELAH BERMULA. TOPEK TERKEJUT KERANA NURUL MENGAJAKNYA MENYERTAI PERTANDINGAN TERSEBUT DI MINIT-MINIT SAAT-SAAT AKHIR...

*
*
*
PADA MULANYA, MUKA KEDUA-DUA PASANGAN INI SANGAT MASIN MASAM. SI TOPEK PULA MACAM XDE MOOD SETELAH BERULANG-KALI DIPUJUK OLEH NURUL SUPAYA MEMANCING NURUL  IKAN.
 *
*
*
SAMPAILAH SATU KETIKA, SI TOPEK MENELEFON RAKANNYA DI SAAT AKHIR UNTUK MEMINJAM JORAN SEMATA-MATA UNTUK MENCURI MENGAMBIL HATI SI NURUL

*
*
*
JENG 3x
*
*
*
*
Maka, kedua-dua Si Romeo & Juliet pun pergilah program memancing itu bersama-sama. Mereka pergi ke Kolam Ikan Keling Kerling dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak UKLK. Si Nurul sebagai urusetia manakala Si Topek sebagai peserta memancing Nurul Ikan. Sebelum bertolak, kami bersarapan pagi di Kedai Belanga Teko Emas bersama-sama dengan membawa roti sandwich, jem rambutan. Mereka minum tea tarik. Si Topek membuat perangai selebetnya  selambanya dengan mencicah roti sandwich dengan Tea Tarik. hehehe.......sedap jugak yer....kata Si Topek....Si Nurul menggelengkan kepalanya melihat gelagat Topek yang poyo macho itu..hahaahahaha
*
*
*
*
SELEPAS ITU.....................................................
*
*
*
Mereka pun bersama-sama pergi ke Kolam Keling Kerling dengan hati yang riang. Si Topek nampak penuh bersemangat dengan jorannya. Ketika hampir sahaja ke destinasi yang dituju, tiba-tiba, bas berhenti di simpang jalan. Rupa-Rupanya bas x boleh masuk pulak dah...Maka, dengan bantuan kereta kebal van UPSI, si Topek terpaksa masuk terlebih dulu memandangkan dia adalah peserta memancing dengan meninggalkan Si Nurul. Si Nurul tiba ke destinasi lewat sedikit berbanding dengan si Topek yang siap dengan jorannya.
*
*
*
JENG3x.........belum sempat topek menghayun pancingannya ke dalam hati nurul. kolam ikan...........Nurul mencari abgnya terlebih dahulu setibanya sampai di Kolam tersebut. Nurul melambai-lambai tangan kepada Si Topek. Huh..terharunya, belum baling pancing..awal-awal lagi si Nurul dan termakan pancing si Topek..hahahaha...lawak ajerrr...maka, Si Nurul pun memberi semangat kepada si Topek....terharunya si Topek........
*
*
*
*
Maka, pertandingan memancing pun telah bermula...Topek pada mulanya terkial-kial mempelajari teknik memancing dengan betul. Lama-kelamaan Topek pun sedikit sebanyak telah mempelajari mengenai cara memancing Nurul ikan dengan betul. Pertandingan ini mengambil masa selama 4 jam. Adakalanya, Si Nurul menemani Si Topek dikala Si Topek sangat bosan berada di tepi Kolam tersebut. Bagusnya si Nurul mengambil hati buah jantungnya hatinya. Si Topek dengan semangatnya ingin berusaha untuk mendapatkan ikan. xdapat sekilo pun dua kilo ikan pun jadila, akan tetapi satu ikan pun x dapat.......adoiiii......4 jam menunggu, seekor ikan pun xdapat...yang dapat makan pancing hanyalah ikan si Nurul sahaja. Jadila, impian untuk mendapat ikan seberat 16 Kilogram untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM3000.00 berkubur begitu sahaja....rasa terkilan jugakla, kalo menang la RM3000.00, bolehla masuk minang si Nurul ni..tp, xapela.....sekadar pengalaman bersama Nurul pergi bersama-sama memancing pun  sudah kira bersyukur.
*
*
*
*
HMMMMMM.......XDAPAT IKAN PUN XAPALA, JANJI DAPAT PANCING SI NURUL...HEHE..JGN MARE YERRRR
JENG3x
*
*
*
Program tersebut tamat pada jam 2.00 Petang. Si Topek dan Si Nurul pulang ke rumah masing-masing dengan menaiki kereta adam. Walaupun KAMI xdapat mendapat sebarang ikan pada pertandingan tersebut.....AKAN TETAPI, PENGALAMAN MEMANCING INI DAPAT MENGAJAR KAMI MENJADI SEORANG YANG PENYABAR, DAN BERSYUKUR TERHADAP REZEKI YANG ALLAH S.W.T KURNIAKAN KEPADA KAMI..WALAUPUN TIDAK BEROLEH APA-APA HADIAH, ITU SEMUA TIDAK PENTING!!!!! AKAN TETAPI KAMI TELAH MEMPEROLEHI PENGALAMAN MENGIKUTI PERTANDINGAN YANG MEMBAWA FAEDAH KEPADA KAMI PADA MASA AKAN DATANG.
*
*
*
DAN
*
*
*
ADA KEMUNGKINAN AKTIVITI MEMANCING AKAN MENJADI SALAH SATU HOBI TAUFIQ & HIDAYAH PADA MASA AKAN DATANG SETELAH MENDIRIKAN RUMAH TANGGA MASJID..INSYAALLAH
*
*
*
KEPADA SI NURUL, WALAUPUN SI TOPEK X BERJAYA MENDAPAT IKAN....AKAN TETAPI SI TOPEK AKAN SENTIASA MENJALA MEMANCING HATI NURUL DAN BERUSAHA MENGEKALKAN HUBUNGAN INI SEHINGGA AKHIR HAYAT...AMIN
*
*
*
FINALLY....
I LUV U 4 EVER & EVER

Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang ikan, tetapi, Si Topek bersyukur kerana Nurul setia bersamanya sehingga ke garisan penamat

Sunday, January 9, 2011

PERMATA yang dicari

Sekilas kata-kata buat insan yang bernama KEKASIH

HIDAYAH

Hampir setahun kita menjalani kehidupan sebagai Kekasih, Maka, kita telah melalui pengalaman yang telah banyak mendewasakan kita. Pelbagai rintangan dan dugaan yang kita telah hadapi. Makin hari, kita dapat mengenali antara satu sama lain. Seringkali, kita sering bercakap mengenai KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI. Tidak dapat dinafikan, semua insan di dunia ini termasuklah KITA impikan kebahagiaan dunia dan akhirat.Bila membicarakan soal ini, hakikatnya bergantung kepada ketentuan Ilahi. Kita perlu akur bahawa TAKDIR ALLAH adalah penentu dalam hubungan KITA.

Dikesempatan ini, ku ingin ungkapkan bahawa engkaulah INSAN TERPILIH yang ku temui. Kekasih, segalanya hanya Dia sahaja yang menentukan. Soal ajal, jodoh pertemuan semuanya bergantung kepada-Nya. Jika ditakdirkan ku tiada lagi di dunia ini, ku mohon agar dirimu diberi kekuatan untuk terus hidup di alam yang fana ini. Ku hanya mampu berusaha & berdoa agar kebahagiaan itu menjadi milik kita bersama. 

Kata-kata ku ini merupakan pesanan yang amat BERMAKNA buatku kerana engkaulah PERMATA YANG DICARI olehku selama ini. Ingatlah wahai kekasih, ungkapan yang sering berlegar difikiranku untukmu adalah 'SEINDAH HIASAN, ADALAH WANITA SOLEHAH'. Engkaulah wanita terbaik dalam kalangan yang terbaik pernah ku temui.

Saat-saat perkenalan kita di dunia ini sangat indah untuk diperkatakan dan sebenarnya itulah salah satu rahmat dari Ilahi. Kita sama-sama doakan agar kita dipanjangkan umur olehNya, sama-sama memberi bimbingan antara satu sama lain dalam menuju ke alam syurga, Pesanku, Cinta yang hakiki hanyalah cinta pada Allah.

Tiada cinta yang lebih hebat melainkan CINTA PADA ALLAH. Pesanku agar kita sentiasa tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Kita sama-sama menjalani kehidupan ini dengan berbekalkan semangat dan kekuatan yang tinggi untuk menjalani liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba ini.

Sepanjang kehidupanku di dunia ini, ku berjanji akan mendidik dan memberi tunjuk ajar yang berguna sebagai bekalan untuk kita sama-sama memperolehi kebahagiaan dunia & akhirat. Moga-moga perhubungan antara kita memperolehi KEBERKATAN & KEREDHAAN dariNya.

Amin.................

SALAM KEKASIH

TAUFIQ HIDAYAH 

Thursday, January 6, 2011

Roda-Roda Kehidupan

PERTAMA, Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai perwatakan, sifat dan minat yang berbeza-beza. Allah S.W.T telah menciptakan manusia itu dengan  pelbagai jenis sifat supaya dapat mengenal antara satu sama lain agar ukhwah dan perhubungan menjadi lebih sempurna dan saling melengkapi.

KEDUA, kita perlulah sedar bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jangan terlalu mudah untuk mencari kekurangan seseorang disebabkan ia akan meruntuhkan sesebuah perhubungan. Sebaliknya menutup segala kelemahan yang ada pada seseorang itu dengan kelebihan yang dimilikinya. Segala kelemahan dalam sesebuah perhubungan boleh diperbaiki jika perasaan rendah diri wujud diantara dua belah pihak.  InsyaAllah,perhubungan sesama insan akan kekal......

KETIGA, bila bercakap mengenai persefahaman....persefahaman amatlah penting dalam sesebuah perhubungan. Apabila timbulnya persefahaman, maka akan wujudlah kepercayaan antara kedua-dua belah pihak. 

Di sini, aku ingin mengaitkannya dengan perhubungan kami. Kami menuntut ilmu di Institusi Pengajian Tinggi yang sama, Kursus yang sama cuma semester yang berlainan. Kami mengenal antara satu sama lain dengan perwatakan dan sifat yang berbeza-beza. Aku di UPSI ini mempunyai minat yang mendalam dalam sukan Ragbi manakala Nurul Hidayah meminati dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak pengurusan. Kami telah menceburkan diri dalam dua bidang yang berasingan. Nurul lebih suka kepada yang berbentuk pengurusan manakala aku merupakan atlet Ragbi UPSI.


Bagi akulah, aku lebih suka Nurul menceburkan diri dalam bidang pengurusan terutamanya Jawatankuasa Mahasiswa Unit Kediaman Luar Kampus. Dia memegang tugas sebagai Exco Kesenian dan Kebudayaan. Sebagai kekasih, aku memang patut bagi dia peluang untuk ceburkan diri dalam bidang ini. Aku akan terus memberi semangat, dorongan dan bimbingan supaya pada suatu masa nanti, dia tidak kekok apabila mendapat jawatan seperti guru panitia di sekolah nanti, dan sebagainya. Kerana pengalaman di UPSI ni adalah landasan baginya untuk menceburkan diri dalam bidang pengurusan pada suatu masa nanti. InsyaAllah
Wajah manis Nurul sebagai JMK UKLK...hehe



Bercerita pulak tentang aku, daripada sem 1 hingga sem 7. Minat aku adalah bermain ragbi. Hari-hari kalau boleh aku akan pergi menjalani latihan di padang UPSI. Walaupun kadang-kadang kelas abis pukul 6, aku akan tetap turun ke padang, sebab minat, aku akan korbankan segalanya. Dari semester 1 hingga 5, kehidupan aku di bumi Tanjong Malim hanyalah pergi ke kelas, training dan tidur. 

Kadang-kadang kalo kelas ptg pukul 5 hingga 7, aku akan nampak muka kawan2 aku dan lecturer mcm bola ragbi.Sebabnya pada waktu petang, lokasi aku wajib di padang ragbi..hehe... Tiada apa-apa yang istimewa untuk diceritakan mengenai aku sepanjang berada di UPSI. 


Inilah Hobi aku semasa di UPSI..hehehe




Setelah mengenali Nurul, aku sangat kagum dengan sikapnya yang sentiasa menyokong setiap yang aku lakukan. Kadangkala, apabila aku beraksi mewakili pasukan UPSI, dia akan sama-sama turun padang dan memberi sokongan kepada aku. Walaupun sebelum mengenali aku, dia tidak kenal apa itu ragbi. Setelah mengenali aku, dia juga sedikit sebanyak mempelajari sedikit sebanyak mengenai istilah dalam ragbi...sebagai contoh...Sin Bin..hehe...Nurul je kot yang tahu makna itu....Terima kasih juga ditujukan kepada Nurul kerana banyak memberi dorongan dan semangat kepada abang ketika menceburi sukan ini di UPSI.

Akhir kata, Abang akan sentiasa memberi semangat kepada Nurul dalam setiap minat yang diceburi. Harapan abang agar Nurul sentiasa matang dan berkeyakinan dalam menjalani kehidupan yang  mendatang.....Walaupun kita berbeza dari segi minat, tetapi kita akan sentiasa menyokong dan memberi dorongan antara satu-sama lain.....Akhir kata, perbezaan mampu membentuk keserasian antara kita.


Salam Sayang,
By: Abg. Taufiq

Tuesday, December 14, 2010

Suara Hati...Menggamit Memori KAMI

S


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....(14 Dec 2010, Selasa, 2.20pg)

hari ni saya ingin coretkan mengenai titik-titik permulaan perkenalanku dengan Nurul Hidayah Binti Husin..ketika itu saya berada di Sem 5. Perkenalan kami ini tidak diduga..nk tahu, mari baca, saya pn xreti nk cite sgt tp xpelah harap boleh memahami ape yg saya nk cte ni..Pada suatu hari, saya pun dah lupa tarikh tersebut, tapi yang pasti, hari sabtu...........saya pergi ke pasar malam bersama kawan-kawan, ketika berada di pasar malam Tanjung Malim, saya ternampak seorang gadis bertudung, memakai t-shirt lengan panjang berbelang hijau putih......saya ternampak gadis tersebut dan terpaku seketika melihat keindahan ciptaan ilahi...sungguh manis.yang pasti budak UPSI kos same rasenye, tp, xknal nama.agaknye junior sem 4.nk mengorat, tp xreti nk mengorat macam mane sbb x pakar sangat bab-bab ngorat ni,...tp, xpelah...mungkin pada waktu tu, si dia xperasan yang saya melihat kelibatnye di pasar malam, tp, saya tekad dan berusaha nk cuba memikat hatinya...tp, cmne ye...........ish3..merenung seketikaaa.....saya terus pulang ke rumah.................................

hari demi hari.............saya cuba mencari dan terus mencari, nk pusing 1 upsi cari die susahla gak....maklumlah, asyik g kelas, makan, tdo n pgi training..itu je rutin harian saya sepanjang 5sem kt upsi ni...ish3...ketika membuka facebook, saya ternampak profilenya...maka, saya pun menyusun ayat-ayat untuk mengoratnya..akhirnya, si dia layan jugak saya..saya xreti sgt nk ayat2 ni sbb x lah pakar sgt..tp, xpe...sy cuba....yg saya igt...die menggunakan kata panggilan 'i' n 'you'...alamak, dalam BI lah pulak...saya layankan jela.......power BI ni saya rasa.....msti hebat......saya tanya, just die jwb mcm biase aje......ish susah gak nk 'tackle' hati si dia ni................xpela, hari lain saya cuba lagi..........

kemudian beberapa minggu selepas itu, die mula mengenali saya.....kebetulan, ade hari terbuka KHAR, kebetulan, saya menolong kawan saya berniaga kasut 'cros'...............Pada 1 petang, saya ternampak wajahnya lagii..........adui, die masuk pulak dalam gerai saya............yg saya ingat, saya menegurnya dahulu....dengan memanggil panggilan dalam fb nye iaitu 'Greenapplelady'. lepas saya memanggilnya, saya tgk die terpaku seketika melihat wajah saya, saya tengok die mcm malu aje...dan terus die lari mengikut rakannya yang lain atas sbb maluuuuuuuuuu...hehe..maklumla pempuan.....disitulah bunga mula berputik...cewahhhhhhhh....pada minggu selepas itu, ada pesta konvo pulak.....saya pun tolong rakan saya berniaga pada pesta konvo tu.....................pada pesta konvo tersebut..............saya ternampak lagi die......ish.....pada waktu tu saya nampak die, tp....masyaAllah..dalam hati ni takut nk tegur..ntahlaa.........saya ni pemalu kot....tp, xpela...saya tetap usaha utk dapatkan hati die...tp, xretila nk ckp mcm mane...............hehe

beberapa bulan selepas itu, saya mula mengenalinya dengan lebih dekat, saya ni jarang kuar dgn kawan2 pempuan.ni pulak nk ajak si dia kuar...ish malu la jugak..saya mula bertanyakan khabar tiap2 hari, mengambil berat mengenainya...kami mula berkawan....mengenali antara satu sama lain....kadang2 tiap2 subuh saya kejutkan die utk bangun subuh......uih, semangatnye saye.......tp, mmg btul la..sejak kehadiran die dalam hidup saya, saya rase lebih bersemangat....pendorong semangat bg saya, ade penah die ajak saya datang program kos kami, sy dh lupe program ape, tp, saya x dpt pgi atas sebab balik training ragbi lewat sgt....sbb tu xleh dtg....sy bgtau die yg xdpt dtg...ish rugi jugak x dpt dtg, kalo dtg leh jenguk2 die..hehehe.......

Selepas itu, hari2 saya kol kejutkan die bangun subuh...........tiba2,hubungan kawan dgn si dia menjadi bertambah rapat...ntahla, agaknye sbb saya kejutkan die bgn subuh kot hari2...hehe..ntahla....saya mula mengambil berat mengenai si dia....pertemuan pertama kami adalah di restoran cupak dimana die ditemani rakan baiknyer si hana payung pink.........setelah mengenali satu sama lain, saya menyatakan hasrat n meluahkan perasaan yang sy minat kt dieeeee....maka, ceritanya..........die sudi menjadi kekasih saye...alahai, jiwang pulak bunyinye...aduhai..................si dia yang dimaksudkan ialah nurul hidayah.....saya memanggilnya dengan panggilan nurul...kdg2 panggil hidayah sbb nama saya taufiq......sedap jugak taufiq hidayah yer..cahaya petunjuk...syukurrrrrrrr......

Selepas hampir setahun mengenalinya, saya berharap agar kami dapat mengenali antara satu sama lain dan mengenal mengenai erti sebuah perhubungan..saya berharap agar kami dapat bersama-sama memimpin diri.memberi tunjuk ajar yang berguna..menjadi pendorong semangat untuk sama-sama menuju kejayaan di dunia & akhirat......itu sahaja yang saya pinta pada nurul hidayah....moga cita-cita yang kita impikan akan terlaksana....InsyaAllah...................sekian.. salam kekasih