PERTAMA, Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai perwatakan, sifat dan minat yang berbeza-beza. Allah S.W.T telah menciptakan manusia itu dengan pelbagai jenis sifat supaya dapat mengenal antara satu sama lain agar ukhwah dan perhubungan menjadi lebih sempurna dan saling melengkapi.
KEDUA, kita perlulah sedar bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jangan terlalu mudah untuk mencari kekurangan seseorang disebabkan ia akan meruntuhkan sesebuah perhubungan. Sebaliknya menutup segala kelemahan yang ada pada seseorang itu dengan kelebihan yang dimilikinya. Segala kelemahan dalam sesebuah perhubungan boleh diperbaiki jika perasaan rendah diri wujud diantara dua belah pihak. InsyaAllah,perhubungan sesama insan akan kekal......
Di sini, aku ingin mengaitkannya dengan perhubungan kami. Kami menuntut ilmu di Institusi Pengajian Tinggi yang sama, Kursus yang sama cuma semester yang berlainan. Kami mengenal antara satu sama lain dengan perwatakan dan sifat yang berbeza-beza. Aku di UPSI ini mempunyai minat yang mendalam dalam sukan Ragbi manakala Nurul Hidayah meminati dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak pengurusan. Kami telah menceburkan diri dalam dua bidang yang berasingan. Nurul lebih suka kepada yang berbentuk pengurusan manakala aku merupakan atlet Ragbi UPSI.
Bagi akulah, aku lebih suka Nurul menceburkan diri dalam bidang pengurusan terutamanya Jawatankuasa Mahasiswa Unit Kediaman Luar Kampus. Dia memegang tugas sebagai Exco Kesenian dan Kebudayaan. Sebagai kekasih, aku memang patut bagi dia peluang untuk ceburkan diri dalam bidang ini. Aku akan terus memberi semangat, dorongan dan bimbingan supaya pada suatu masa nanti, dia tidak kekok apabila mendapat jawatan seperti guru panitia di sekolah nanti, dan sebagainya. Kerana pengalaman di UPSI ni adalah landasan baginya untuk menceburkan diri dalam bidang pengurusan pada suatu masa nanti. InsyaAllah
Wajah manis Nurul sebagai JMK UKLK...hehe |
Bercerita pulak tentang aku, daripada sem 1 hingga sem 7. Minat aku adalah bermain ragbi. Hari-hari kalau boleh aku akan pergi menjalani latihan di padang UPSI. Walaupun kadang-kadang kelas abis pukul 6, aku akan tetap turun ke padang, sebab minat, aku akan korbankan segalanya. Dari semester 1 hingga 5, kehidupan aku di bumi Tanjong Malim hanyalah pergi ke kelas, training dan tidur.
Kadang-kadang kalo kelas ptg pukul 5 hingga 7, aku akan nampak muka kawan2 aku dan lecturer mcm bola ragbi.Sebabnya pada waktu petang, lokasi aku wajib di padang ragbi..hehe... Tiada apa-apa yang istimewa untuk diceritakan mengenai aku sepanjang berada di UPSI.
Inilah Hobi aku semasa di UPSI..hehehe |
Setelah mengenali Nurul, aku sangat kagum dengan sikapnya yang sentiasa menyokong setiap yang aku lakukan. Kadangkala, apabila aku beraksi mewakili pasukan UPSI, dia akan sama-sama turun padang dan memberi sokongan kepada aku. Walaupun sebelum mengenali aku, dia tidak kenal apa itu ragbi. Setelah mengenali aku, dia juga sedikit sebanyak mempelajari sedikit sebanyak mengenai istilah dalam ragbi...sebagai contoh...Sin Bin..hehe...Nurul je kot yang tahu makna itu....Terima kasih juga ditujukan kepada Nurul kerana banyak memberi dorongan dan semangat kepada abang ketika menceburi sukan ini di UPSI.
Akhir kata, Abang akan sentiasa memberi semangat kepada Nurul dalam setiap minat yang diceburi. Harapan abang agar Nurul sentiasa matang dan berkeyakinan dalam menjalani kehidupan yang mendatang.....Walaupun kita berbeza dari segi minat, tetapi kita akan sentiasa menyokong dan memberi dorongan antara satu-sama lain.....Akhir kata, perbezaan mampu membentuk keserasian antara kita.
Salam Sayang,
By: Abg. Taufiq
4 comments:
ok thnkz gk..
huhu malu2...
hehe...semangat2..chaiyok2 dayah!!!!
envy la dgn korang...
moga bahagia smpi syurga.. insyaAllah. ;))
xde ape2 yg nk di envy kan fara..
ko pon bhgia gk..
NHH
Post a Comment