Tuesday, December 21, 2010

Selamat Hari Lahir Nurul Hidayah Binti Husin

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-22 sygku Hidayah
Dikesempatan ini, Abang ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat insan tersayang Nurul Hidayah Binti Husin. Moga sentiasa cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Moga episod perkenalan kita menjadi memori yang sentiasa terpahat dalam jiwa kita. Sesungguhnya, kebahagiaan yang sejati dan hakiki terletak pada bahu kita masing-masing. Abg doakan juga agar Hidayah menjadi insan yang lebih matang dan wanita yang mampu memberikan sumbangan yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat. Akhir kata, moga perkenalan kita membawa kebahagiaan
di dunia & akhirat.


                                       "SELAMAT HARI LAHIR UNTUKMU SAYANG"

1 comment: